Tidak dinafikan isteri masa kini serba serbi kena buat, bukan sahaja perlu urus makan pakai anak-anak dan suami, malah turut ke luar rumah untuk mencari rezeki. Keupayaan dan kemampuan wanita ini melakukan tugas dalam mengurus kerja harian dan tanggungjawab hakiki, memang luar biasa.

Malah menurut perkongsian fb di akaun Azizul Azli Ahmad ini menarik perhatian untuk dibaca dan difahamkan apa yang ingin disampaikan olehnya apabila menyifatkan wanita itu tulang besi!

Kenapa dia berkata begitu? Dan mengetahui detail, jom baca perkongsian ini.

WANITA ITU TULANG BESI
1. Wanita memang kuat dari lelaki walau mereka tak boleh angkat besi.


2. Jam 4 pagi dah bangun masak sahur untuk kita yang masih tertidur lagi.
3. Kejut anak, kejut suami untuk makan yang disediakan atas meja nanti.
4. Lepas makan kemas lagi, sediakan baju untuk anak sekolah dan bersiap untuk kepejabat nanti
5. Kerja pejabat dia siapkan kadang kala lebih cemerlang dari kita yang ada janggut dan misai ini.

IKLAN


6. Waktu rehat dia solat dan carikan menu untuk berbuka dan sahur nanti
7. Memandu balik rumah sampai terus masak nasi. Angkut baju yang disidai sejak pagi.
8. Sambil sediakan juadah berbuka, lipat baju sesekali mata menonton mengaji di TV.
9. Waktu berbuka semua dia telah sediakan dengan sempurna. Lepas makan acara mengemas bermula.


10. Mereka bersiap bersama kita untuk terawih pula.
11. Jam 11 sampai rumah baru mereka nak rehat dan lelapkan mata.

IKLAN

12. Jam 4 pagi mereka akan bangun semula, mereka punya tenaga yang luar biasa sepanjang Ramadan ini.

Kawan kawan yang baik,

IKLAN

Kita banyak berhutang dengan mereka selama ini.
Berbaki 10 ramadan terakhir ini, doakan buat mereka agar kekal sihat dan sentiasa dihati kita. Jangan buat jenaka poligami yang buat hati mereka terluka.

Apa kata, ramadan yang mulia ini hadiahkan mereka kereta sebiji atau sebuah rumah pangsapuri, amacam ada berani? Kalau tak mampu belilah gelang sampai ke siku kaki.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club