Hari ini 10 Jun seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan boleh disemak mulai jam 10 pagi ini.  Manakala keputusan untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan oleh KPM dari masa ke semasa.

Pastinya debaran terasa bukan sahaja oleh anak-anak kita, malah kita sebagai ibu ayah juga merasainya. Apatah lagi bila mengenangkan begitu besar cabaran dan ujian yang dilalui oleh semua calon SPM 2020 akibat ‘dibelenggu’  pandemik Covid-19.

Hari ini tibalah masanya untuk kita semua menerima dengan berlapang dada apa sahaja keputusan yang diperolehi oleh anak-anak. Mereka telah berusaha dan kita sebagai ibu ayah wajar untuk terus memberi semangat dan dorongan untuk kebaikan masa depan mereka.

Jadi di sini dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan SPM 2020, iaitu dengan 2 kaedah mudah.

  1. Secara dalam talian di pautan myresurlt1.moe.gov atau myresult2.meo.gov.my untuk mendapat keputusan penuh.
  2. Semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), anda perlu menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan mulai diaktifkan pada jam 10 pagi ini sehingga 6 petang pada 17 Jun akan datang.

Selain itu jika pelajar tidak mempunyai capaian internet, anda boleh terus menghubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan SPM.

IKLAN

 

IKLAN

 

Cara Muat Turun Slip Keputusan

IKLAN

Bagi calon atau ibu ayah yang ingin memuat turun slip keputusan SPM, ia juga boleh dilakukan dengan mendapatkan slip tersebut melalui pautan berikut.

  1. myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my
  2. Slip keputusan penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my

Sumber : Kementerian Pengajian Malaysia (KPM)

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club