Kebiasaannya bila dilihat almari pakaian di rumah, tentu anda perasan boleh dikatakan satu almari tersebut penuh dengan pakaian sendiri berbanding pakaian suami. Bukan sahaja baju, kain, tudung, jubah, t-shirt dan bermacam-macam lagi semuanya dimuatkan di dalam almari tersebut. Membayangkan kalaulah dapat almari yang lebar, besar dan tinggi dari lantai ke syiling rumah, alangkah bahagianya rasa hati.

Ini sebagaimana almari atau wardrobe yang diilhamkan sendiri oleh Ben Safwan dengan ukuran 10 x11 kaki ini. Nampak begitu istimewa dan sempurna sekali. Turut berkongsi beberapa foto semasa proses pembuatan wardrobe tersebut di media sosial, nyata menarik perhatian warganet.

Menurutnya, “Masa saya masuk rumah ni, saya dah tekad nak hadiahkan isteri almari besar untuk dia puas hati. Saya bertukang di rumah ini buatkan 10×11 kaki build in wardrobe.”

“Saya dah kumpul tools 6-7 tahun , itu yang boleh buat projek diy besar camni. Kalau tak ada tools lagi ,memang kena beli tools. Sekarang senang, ada banyak pilihan jenama. Atau upah orang buat. Yang mana rasa berbaloi.”

Menurutnya, semasa proses pertukangan dilakukan keadaan rumahnya berdebu dan kerja-kerja di buat di tingkat bawah. Apabila siap bahagian kerangka barulah diangkat ke tingkat atas untuk proses seterusnya.

IKLAN


Selain itu, turut berkongsi lakaran yang dibuat untuk menghasilkan wordrobe yang cukup sempurna seperti ini. Katanya, “Conteng-conteng plan biar menjadi. Ubah sana sini ikut sesuai.”


Jelasnya lagi,”Rangka saya guna plywood 18mm yang dari jenis elok. Sandwich plywood saya panggil. Buat rangka di bawah, bawa naik atas satu-satu.”


“Alhamdulillah ada kawan baik tolong sama-sama angkat. Lepas tu saya catkan putih dan letak clear protection. Untuk elak kotor dan mudah calar.”

IKLAN

Untuk projek ni saya guna full pintu aluminium. Memang awesome lah hasil dia.
Kalau tempah ni market price around 1100-1200 perkaki panjang kalau spec macam ni. Sebab tebal dan pakai pintu aluminium cantik. So around 12-14k jugak.

IKLAN

Sumber : Ben Safwan 

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club